Wednesday, July 16, 2008

Politik Melayu : RePost A Kadir Jasin



ORANG Melayu yang tahu sedikit sebanyak mengenai politik, ekonomi dan diplomasi pasti berasa sangat malu dengan kedudukan kepemimpinan negara sekarang.

Hendak tidak hendak, buruk atau baik hakikatnya kepemimpinan Melayu “masih” berupa tunjang dan tonggak kepada kepemimpinan negara.

(Saya sengaja menggunakan istilah “masih” kerana ia membawa maksud sementara. Mungkin selepas ini orang Melayu tidak akan lagi menjadi tunjang dan tonggak kepemimpinan negara.)

Di hadapan kita, kaum-kaum lain mungkin tidak mentertawakan kita. Malah mereka terus berharap Malaysia stabil dan maju di bawah kuasa majoriti Melayu.

Tetapi di belakang kita, di dalam forum-forum tertutup dan di arena antarabangsa kepemimpinan Melayu kini menjadi bahan sindiran, jenaka, ketawa dan kutukan.

Betapa tidak, kepemimpinan Melayu, sama ada daripada sudut realiti atau persepsi, dilihat sebagai lemah di segi pemikiran, korup, rendah moral dan pekerti, berpecah-belah dan hipokrasi.

Akibat daripada realiti dan persepsi ini, timbullah pelbagai tuduhan, tohmahan dan syak wasangka terhadap pembesar politik Melayu daripada Perdana Menteri kepada Timbalan Perdana Menteri dan ketua de facto pakatan pembangkang.

1. Abdullah Ahmad Badawi dilihat sebagai lemah, tidak berkemampuan dan mengamalkan kronisme dan nepotisme;

2. Abdullah diuar-uarkan sebagai mengamalkan kebebasan dan keterbukaan tetapi institusi-institusi utama demokrasi dan ekonomi dirampas oleh konco-konconya yang beragenda peribadi;

3. Mohd Najib Abdul Razak dikaitkan dengan kes pembunuhan yang melibatkan penasihat dan pengawal keselamatannya. (Dia bersumpah dengan nama Allah dia tidak mengenali wanita Mongolia mangsa pembunuhan itu.); dan

4. Anwar Ibrahim dengan laporan liwat oleh seorang muda yang pernah menjadi pembantu di pejabat Parti Keadilan Rakyat. (Dia mahu penuduhnya bersumpah “qazaf” dengan mengemukakan empat saksi lelaki yang sempurna akal yang menyaksikan perbuatan itu.)

Realiti dan persepsi negatif ini tidak terhad kepada kepemimpinan politik sahaja. Ia turut merebak dan mencemari pentadbiran awan, polis dan kehakiman yang majoriti penjawatnya adalah Melayu.

Pegawai-pegawai tinggi awan ditangkap kerana disyaki melakukan rasuah -- yang terbaru dari Jabatan Imigresen -- dan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara didakwa memalsukan bukti perbicaraan.

Hari demi hari penarafan (rating) antarabangsa negara dalam pelbagai bidang merosot dan imej negara di mata dunia semakin buruk.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Jabatan Negara Amerika misalnya menyifatkan Malaysia sebagai negara yang terbabit atau menjadi pangkalan kepada “human trafficking”(jual-beli manusia).

Tahun lalu ia meletakkan Malaysia dalam “Tier 3” di segi pematuhan terhadap akta perlindungan jual-beli manusia.

Imej Malaysia menjadi semakin buruk dan meruncing setelah Kerajaan British baru-baru ini mengancam pengenaan visa ke atas pemegang pasport Malaysia mulai akhir tahun ini.

Alasannya adalah terlalu ramai pembawa pasport palsu Malaysia dikesan cuba memasuki negara itu. Tidak lama selepas itu, pegawai-pegawai Imigresen yang disyaki rasuah ditahan.

Cadangan Britain itu meletakkan Malaysia setaraf dengan negara-negara seperti Brazil, Lesotho, Swaziland (bukan Switzerland), Afrika Selatan dan Venezuela.

Ini semua adalah kemelut kepemimpinan yang lemah yang gagal mempertahankan imej dan integriti negara.

Manakala kita mungkin menganggap apa yang berlaku sekarang sebagai hal ehwal dalam negara, tetapi tindak tanduk para pembesar kita sedang diperhatikan dan diteliti di seluruh dunia oleh para diplomat, pelabur, pelancong dan bakal pelajar yang hendak datang belajar di negara kita.

Di dalam negara, kepemimpinan Melayu yang hambar sekarang bukan sekadar dipersendakan malah dijadikan alasan oleh pemodal tempatan untuk membekukan pelaburan mereka atau untuk membawa keluar modal.

Kalau pemimpin akar umbi dan ahli Umno yang akan bersidang di peringkat cawangan mulai 17 Julai ini tidak membuat perubahan dengan memilih barisan pemimpin baru yang lebih berwibawa, bukan sahaja Umno akan menuju jalan kehancuran malah orang Melayu keseluruhannya akan menderita.

Hari ini, ramai orang Melayu tidak lagi yakin dengan Umno. Malah ramai yang mula mengarahkan pandangan kepada Pas dengan harapan parti itu boleh mengambil alih peranan parti utama orang Melayu.

Umno dan negara memerlukan kepemimpinan baru yang cekap dan berwibawa bagi menangani suasana ekonomi yang semakin meruncing sekarang.

Kedudukan orang Melayulah yang paling terancam dalam suasana politik dan ekonomi yang kucar-kacir sekarang kerana kuasa ekonomi mereka yang lemah berbanding kaum-kaum lain.

Memetik kata-kata ulama besar Sheikh Abdullah Fahim --- “Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi siapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina.” (Mokhtar Petah – Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 31 Ogos, 1957. Pustaka Antara 1997.)

Anekdot: Pada tahun 2005, dengan persetujuan Abdullah Ahmad Badawi, Proton dipaksa menjual MV Agusta dengan harga satu Uuro dan menderita kerugian RM500 juta. Pada 12 Julai lalu, BMW menjual MV Agusta kepada Harley-Davidson dengan harga US$109 juta (RM359.7 juta). Tidakkah Badan Pencegah Rasuah atau sebuah suruhanjaya bebas berminat menyiasat kejadian ini?

Saturday, July 12, 2008

Transition of Power : June 2010



The first thing I did this morning was to settle on the newspapers. Pak Lah had announced yesterday in an closed-door UMNO meeting for top leadership, we call it "ketua empat peringkat", that he will step down as President of UMNO in June 2010 and Pak Lah has chosen Najib as his "hand-picked" successor.

I let myself two mugs of coffee before I come to terms with the statement.

My initial response is that democracy in UMNO is dead. A leader "hand-picked" his successor, declares it in open forum and expect others to follow.. what can we tell about that..? Were member's opinion sought? Yes, anyone may contest.. but we have decided, after me is you, then after you, him...

When will UMNO learn that this so called tradition is no longer the accepted trend in UMNO. The words of a leader, unlike during my father's and forefather's time, is subject to scrutiny by ordinary members. UMNO have grown too big to have single voice accepted by everyone.

Zaman ahli-ahli UMNO hanya menjadi tukang tepuk tangan dan tukang memenuhkan dewan sudah berakhir.

I never fancied Ku Li, but I agreed with what he reported to have said in the Star today. Its improper for Pak Lah to hand over post as it is an elected post and I shall add, its also improper for Pak Lah to treat the Presidency of UMNO as if he has the right of ownership to pass it to whoever he like.

I'm an UMNO member. I have no time for all these footsie-tootsie. Its time to work and work hard to gain the trust of all Malays and non Malays to support UMNO. June 2010 may be a little too late. Pak Lah have to go now and let UMNO members pick his successor.


Tuesday, July 8, 2008

I was in the News... Berita Harian 2nd July


DAP tunjuk belang kuasai pentadbiran Perak

Oleh Ridzuan Yop dan Shamsul Kamal Amarudin

Kerajaan Pakatan Rakyat selama 100 hari belum ada agenda besar, lebih bertumpu kepada ceramah

SELEPAS 100 hari Pakatan Rakyat (PR) memerintah kerajaan negeri Perak, apa yang berlaku? Yang nyata, pentadbiran kerajaan negeri sekarang, seolah-olah dikuasai dan dilaksanakan mengikut kehendak DAP yang menjadi parti dominan dalam PR dan bukannya mengikut hala tuju Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Malah, satu lagi perubahan ketara ialah semakin banyak ceramah politik yang semakin menjadi-jadi dan dilakukan hampir setiap malam.

Hakikatnya, banyak pihak melihat kerajaan negeri yang baru ini belum membawa perubahan atau berjaya menetapkan hala tuju yang konkrit bagi membawa kemakmuran dan pembangunan kepada rakyat negeri itu yang memilih mereka pada pilihan raya umum lalu. Pada masa sama, rata-rata juga berpendapat tidak adil untuk menilai kemampuan kerajaan negeri yang baru ditubuhkan dalam tempoh itu, kerana 100 hari adalah satu tempoh masa singkat berbanding masa diambil kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sudah memerintah Perak sejak 11 penggal lalu.

Namun, pemerhati politik berpendapat 100 hari adalah tempoh penting kepada sesuatu kerajaan negeri yang baru dalam merangka satu hala tuju yang konkrit untuk tempoh lima atau 10 akan datang.

Walaupun mereka baru mengambil alih tugas mentadbir negeri, rata-rata pemimpin kerajaan negeri yang ada sekarang berpengalaman sebagai barisan pembangkang yang sebelum ini mempunyai pelbagai cadangan.

Dalam mentadbir kerajaan negeri sekarang ahli Exco DAP dilihat lebih dominan kerana mereka mempunyai enam ahli Exco berbanding Pas (dua) termasuk Menteri Besar, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiga.

Berbanding ketika pentadbiran BN, Umno memegang tujuh portfolio Exco termasuk Menteri Besar, manakala MCA (dua), Gerakan (satu) dan MIC (satu).

Maka, jelaslah sedikit sebanyak kuasa orang Melayu dalam mentadbir kerajaan negeri sekarang sudah mula terhakis dan wujud kebimbangan mungkin berlaku beberapa keputusan yang jika tidak diperhalusi akan merugikan orang Melayu sendiri.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu, BN menang 29 kerusi dengan Umno menang 28 kerusi dan MCA satu, manakala DAP menang semua 18 kerusi yang ditandinginya, sementara Pas dan PKR masing-masing menang enam dan tujuh kerusi.

Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, berkata walaupun sudah 100 hari memerintah, sehingga kini rakyat belum melihat agenda besar dibawa oleh kerajaan negeri selain mengungkit apa yang disifatkan sebagai kelemahan kerajaan negeri yang lalu walaupun mereka sehingga kini belum dapat membuktikannya.

Beliau yang juga Adun Pangkor berkata, berdasarkan laporan dan tindakan kerajaan negeri sekarang, rakyat kini turut tertanya-tanya dan keliru siapa sebenarnya menjadi ketua kerajaan dan menguasai kerajaan negeri.

Katanya, ada pihak melihat pentadbiran kerajaan negeri sekarang dikuasai dan dilaksanakan mengikut kehendak DAP yang menjadi parti dominan dalam PR dan bukannya mengikut hala tuju Menteri Besar.

Dr Zambry berkata, maklum balas diterima daripada rakyat terhadap pemerintahan kerajaan negeri setakat ini ialah satu-satunya perubahan besar berlaku di Perak, cuma ceramah politik yang semakin menjadi-jadi dan dilakukan hampir setiap malam.

"Penilaian ini dibuat hasil maklum balas daripada penyokong BN, pengundi atas pagar dan pengundi yang mengambil keputusan menyokong PR pada pilihan raya umum lalu.

"Menteri Besar memberi alasan ia dilakukan untuk memberi penerangan kepada rakyat berhubung dasar yang diambil kerajaan negeri tetapi maklum balas yang saya terima ialah ceramah yang diadakan lebih tertumpu kepada mengutuk individu politik tertentu dan parti politik lawan," katanya.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata dalam tempoh 100 hari ini, beliau belum nampak ada perubahan besar dalam pemerintahan kerajaan negeri kecuali pertukaran kerajaan daripada BN kepada PR.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, sehingga kini belum ada agenda besar yang ditunjukkan kerajaan PR untuk rakyat Perak bagi menunjukkan ia berlainan atau lebih baik daripada kerajaan negeri lalu.

"Bagaimanapun, situasi Menteri Besar daripada Pas yang bukan majoriti boleh survive menunjukkan apa yang dikatakan sebagai kerapuhan ikatan kerjasama dalam PR tidak lagi boleh terpakai. Agak menakjubkan juga kerajaan negeri ini boleh terus bertahan walaupun kerjasama itu membabitkan dua parti yang terlalu ekstrem dalam ideologi politik masing-masing," katanya.

Dr Mohammad Agus berkata, rakyat secara umum tidak menganggap Melayu kehilangan kuasa politik di Perak kerana melihat kedudukan Menteri Besar yang masih disandang orang Melayu dan kewujudan institusi kesultanan Perak yang mendapat kepercayaan penuh rakyat untuk menjadi pelindung mereka.

Malah, katanya, sudah sampai masanya bagi semua pihak melihat kuasa politik Melayu dalam konteks lebih luas iaitu kuasa politik yang kembali kepada rakyat.

"Soal Melayu hilang kuasa bukan saja diperkatakan di Perak tetapi juga di Selangor tetapi kedua-dua kerajaan negeri ini sehingga kini terus `survive yang secara tidak langsung menunjukkan orang Melayu yakin dengan kemampuan pemimpin dua kerajaan itu.

"Cuma di Perak rakyat masih tertunggu-tunggu agenda besar yang akan dilaksanakan untuk kesejahteraan mereka," katanya.

Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Ramlah Adam, berkata Adun DAP menguasai banyak Exco penting dan membuat keputusan penting kerajaan negeri Perak sekarang.

"Pas pula terlalu minoriti untuk menjadi tenaga penting dalam kerajaan negeri dalam memperjuangkan agenda Melayu/Islam manakala agenda PKR pula hampir sama dengan DAP.

"Bukan bermakna kita bersifat perkauman tetapi dalam keadaan orang Melayu masih ketinggalan dalam ekonomi dan meritokrasi serta wujud peruntukan dalam perlembagaan mengenai hak orang Melayu, kita tidak tahu siapa yang akan membawa agenda perjuangan Melayu selain Umno," katanya.

Dr Ramlah memberi contoh, tindakan kerajaan negeri mengadakan pilihan raya bagi pemilihan ketua kampung sebenarnya boleh memecah-belahkan lagi perpaduan di kalangan orang Melayu peringkat akar umbi sedangkan pada masa sama perpaduan orang bukan Melayu semakin kuat bagi mengemukakan tuntutan yang kelihatan semakin banyak dipenuhi.

Beliau bagaimanapun berkata, tempoh 100 hari mungkin terlalu singkat untuk melihat kesannya terhadap kuasa politik orang Melayu tetapi masyarakat Melayu di Perak perlu berfikir untuk tempoh empat tahun lagi pemerintahan PR.

Dr Ramlah berkata, dalam beberapa siri kunjungannya ke Perak beberapa minggu lalu, beliau melihat orang Melayu masih kukuh menyokong Umno hanya di kalangan mereka yang berusia 40 tahun ke atas atau sudah lama berjuang dalam parti itu.

Justeru, katanya, jika Umno mahu memastikan kuasa politik orang Melayu kembali di Perak, parti itu perlu bekerja keras bagi menarik minat golongan muda kembali menyokong parti itu dan memastikan ahli Umno sedia ada tidak 'bertempiaran seperti anak ayam kehilangan ibu.'

Pengerusi Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak, Saiful Adli Mohd Arshad, pula berkata kini wujud kebimbangan di kalangan usahawan Melayu ekoran dasar kerajaan negeri yang baru lebih menjurus kepada pemberian hak dan peluang sama rata ekonomi yang jelas bertentangan dengan perlembagaan yang menyebut mengenai hak istimewa orang Melayu.

"Kami sudah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Menteri Besar bulan lalu tetapi beliau sendiri tidak dapat menjanjikan apa-apa agenda baru terutama berkaitan rancangan membangunkan usahawan muda.

"Malah, sehingga kini banyak timbul keadaan ketidakpastian daripada segi perniagaan bukan saja di kalangan usahawan Melayu malah ekonomi Perak secara keseluruhan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya belum mendengar ada rancangan baru yang akan dilaksanakan kerajaan negeri sebaliknya boleh dikatakan dalam keadaan `teraba-raba' mengekalkan kerajaan selain lebih bersifat mentadbir perancangan kerajaan negeri yang lalu.

"Saya rasa mungkin tempoh 100 hari terlalu singkat untuk membuat penilaian terhadap kerajaan negeri yang baru, mungkin kita boleh beri masa 200 hari lagi," katanya.


Monday, July 7, 2008

Life is a matter of choice...



Today is the seventh day of the seventh month of the most unpredictable year yet in my living memory.

I have always believed and have repeatedly said, to myself and to dear friends, that life is a matter of choice. And today, I choose to spend some of my 24 hours a day, to be taken up to accomplish something worthwhile. Yes, life must be worthy of its cause and I was born to a reporter and teacher couple. Write and educate.

Firman Allah swt..

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka-mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran..."

Beriman, beramal soleh, berpesan-pesan mengenai kebenaran dan kesabaran. Other than this four ways of spending time, we are all in great lost!

Seventh day and its only the beginning.